Skip to main content

Pusat Transformasi Digital

|
Kampus Induk

Digital@USM

Pengenalan


Pusat Transformasi Digital

(Dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi - PPKT)

Mulai Julai 2025, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah dijenama semula sebagai Pusat Transformasi Digital menerusi penggabungan bersama Pejabat Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer - CDO). Penjenamaan semula ini merupakan langkah strategik Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memperkukuh agenda transformasi digital, selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan teknologi yang pesat.

Latar Belakang Penubuhan

Pusat ini pada asalnya ditubuhkan pada bulan Disember 2002 melalui penggabungan tiga entiti jabatan ICT di USM yang disatukan di bawah satu pusat perkhidmatan:

Perkhidmatan ICT Pentadbiran
Perkhidmatan ICT Akademik
Perkhidmatan ICT Pengurusan (MIS)

Penggabungan terkini bersama Pejabat CDO bertujuan mewujudkan entiti yang lebih mantap dan bersepadu dalam memacu pentadbiran, pengajaran, penyelidikan serta komuniti.

Peranan & Tanggungjawab

  • Menyediakan perkhidmatan ICT yang kompeten, cekap dan berkesan kepada warga kampus dan komuniti luar.
  • Memacu transformasi digital merangkumi penggunaan teknologi baharu bagi memperkasakan keupayaan universiti.
    Pengkomputeran Awan Keselamatan Siber Data Raya (Big Data) Kecerdasan Buatan (AI) Automasi Digital
  • Menyokong keperluan teknologi dalam pentadbiran, pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.

Aluan Ketua Pegawai Digital (CDO)


Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi bin Mat Isa

Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi bin Mat Isa

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Transformasi Digital (PTD), Universiti Sains Malaysia.

Dalam era digital yang berkembang pesat, transformasi digital bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan mendesak dalam usaha meningkatkan kecekapan, kebolehcapaian, dan ketangkasan organisasi. Di USM, PTD memainkan peranan penting sebagai pemacu utama dalam merancang strategi dan melaksanakan inisiatif yang menyokong pembangunan infra dan info struktur digital universiti.

Sebagai entiti yang bertanggungjawab ke atas perancangan strategik serta pengendalian operasi berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kami komited untuk memastikan setiap aspek transformasi digital di USM diselaraskan dengan objektif institusi dan aspirasi pendidikan tinggi negara. Kami memberi tumpuan kepada inovasi, keselamatan siber, kelestarian digital, serta pembangunan sistem dan perkhidmatan yang mesra pengguna untuk seluruh komuniti kampus.

Laman web ini dibangunkan sebagai medium komunikasi rasmi antara PTD dan warga USM serta pihak luar yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan inisiatif kami. Di sini, anda akan menemui maklumat berkaitan pelan strategik digital universiti, pembangunan infrastruktur ICT, perkhidmatan sokongan teknikal, serta projek-projek transformasi yang sedang dijalankan. Kami juga menyediakan kemas kini terkini, garis panduan, dan sumber rujukan berkaitan amalan digital terbaik.

Harapan kami, laman ini bukan sahaja menjadi pusat maklumat, tetapi turut berperanan sebagai pemangkin kolaborasi dan perkongsian pintar antara PTD dan semua pihak berkepentingan dalam usaha bersama untuk memperkasakan ekosistem digital USM.

Akhir kata, saya mengalu-alukan cadangan dan maklum balas daripada semua pihak dalam usaha kami mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pencapaian transformasi digital universiti.

Visi, Misi & Nilai Murni


Visi & Misi

Visi

Pemangkin kepada Inovasi.

Misi

Menyediakan Perkhidmatan ICT yang kompeten dan berkesan.

Nilai Murni

  • Kami didorong untuk mencapai hasil yang terbaik untuk pelanggan kami.
  • Kami sentiasa berusaha untuk yang lebih baik.
  • Kami sentiasa bermotivasi untuk melakukan yang terbaik.
  • Kami berpegang kepada janji.

Carta Organisasi


Carta Bahagian


Direktori Staf


Pengiktirafan


Pengiktirafan yang diterima oleh Digital@USM

Bahagian@PTD


Bahagian Perkhidmatan Digital / Seksyen


Objektif Seksyen

Seksyen Sokongan Teknikal ICT

Seksyen Sokongan Teknikal ICT bertanggungjawab dalam memberikan Sokongan Teknikal ICT kepada Warga Kampus ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber tersedia.

Fungsi Utama Seksyen


1. Perkhidmatan ServisDesk ICT

  • Menawarkan perkhidmatan kaunter untuk menerima aduan daripada pelajar/staf melalui panggilan telefon atau secara walk-in.
  • Menjawab panggilan telefon, merekod dan menyelesaikan aduan yang diterima.
  • Menyemak dan menyelesaikan aduan yang diterima melalui emel rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
  • Mengagih tiket aduan yang diterima melalui Sistem ServisDesk kepada petugas on-call.
  • Menerima alatan ICT USM untuk pembaikan.
  • Menerima permohonan bantuan teknikal melalui Sistem ServisDesk.

2. Perkhidmatan On-Call

  • Melaksanakan onsite troubleshooting mengikut aduan yang diterima melalui Sistem ServisDesk (PTJ dan Dewan Kuliah).
  • Menyemak dan mengemaskini tiket on-call Sistem ServisDesk yang diterima.

3. Bengkel Pembaikan Peralatan ICT

  • Melaksanakan khidmat pembaikan peralatan ICT yang diterima melalui kaunter ServisDesk.
  • Mengemaskini borang pembaikan peralatan ICT untuk tugas-tugas yang telah diselesaikan.

4. Pengurusan & Penyelenggaraan Kad Pintar

  • Penyelenggaraan dan penyelarasan semua perkakasan berkaitan Kad Pintar.
  • Pemantauan dan penyelarasan sistem/perisian yang berkaitan dengan Kad Pintar.
  • Sokongan cetakan secara pukal untuk Kad Pelajar.

5. Kerja Perundingan & Sokongan Teknis

  • Melaksanakan kerja-kerja perundingan dan sokongan teknikal ICT untuk aktiviti-aktiviti rasmi universiti secara berkala atau atas permintaan dari semasa ke semasa.

6. Pelaporan Bengkel & Perolehan Kad Pintar

  • Menyediakan pelaporan tahunan untuk aduan/permohonan perkhidmatan teknikal yang diterima melalui Sistem ServisDesk.
  • Menyediakan pelaporan tahunan untuk Bengkel Pembaikan Alatan ICT.
  • Menyediakan pelaporan kad kosong dan kad pintar USM kepada Jabatan Bendahari.
  • Melaksanakan proses perolehan alatan yang berkaitan dengan Kad Pintar.

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pelaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan dan perundingan untuk perkhidmatan Sokongan Teknikal ICT yang cekap dan berkesan.

Logo Seksyen Media Kreatif PTD USM
Objektif Seksyen

Seksyen Media Kreatif

Bertanggungjawab menerajui pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan ekosistem digital Universiti Sains Malaysia (USM) merangkumi laman web rasmi, kampus cawangan, Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta aplikasi web institusi. Seksyen ini memacu transformasi digital melalui penyelesaian web yang inovatif, selamat dan berpusatkan pengguna, di samping memperkukuh penjenamaan digital melalui penghasilan kandungan kreatif, grafik dan multimedia berkualiti tinggi serta memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan siber, kebolehcapaian, tadbir urus ICT dan kualiti digital universiti.

Fungsi Utama Seksyen


1. Pembangunan Laman Web Institusi & Acara

Menghasilkan laman web jabatan, unit, persidangan, seminar dan acara untuk semua jabatan di dalam USM.

2. Keselamatan & Penyelenggaraan Web

Memantau dan menyelenggara laman-laman web dari sudut keselamatan seperti membuat patching dan memasang perisian firewall pada laman-laman web.

3. Pengurusan SOP & Pelayan Web

Menyediakan dan mengemaskini SOP untuk membangun dan memuatnaik laman Web ke Pelayan USM.

4. Khidmat Nasihat & Bantuan CMS (Joomla)

Memberikan khidmat nasihat dan bantuan teknikal berkenaan CMS Joomla kepada pengguna luar dan dalam USM.

5. Penerbitan Grafik, Video & Multimedia

Menghasilkan penerbitan Multimedia, Video & Rekabentuk Grafik Digital & Bercetak untuk kegunaan Pusat Transformasi Digital Kampus Induk.

6. Sokongan Pengemaskinian Web Rasmi USM

Menyokong MPRC dalam pengurusan serta pengemaskinian maklumat laman web rasmi USM.

Poster Perkhidmatan


Poster Rekabentuk Grafik PTD USM
Poster Pembangunan Web PTD USM
Poster Perkhidmatan Web PTD USM
Poster Sistem uPay PTD USM

Permohonan Laman Web Baru

Untuk membuat permohonan laman web baru, sila hubungi Seksyen Media Kreatif PTD.

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pelaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan dan perundingan untuk perkhidmatan pembangunan laman web, grafik, multimedia dan penerbitan untuk semua PTJ dan USM.

Paparan Poster Penuh
Objektif Seksyen

Seksyen Pembangunan Bakat & Komersial

Seksyen Pembangunan Bakat & Komersial, Pusat Transformasi Digital (Digital@USM) berperanan dalam menganjurkan kursus ICT dan menyelaras program latihan ICT bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran untuk meningkatkan kompetensi warga USM. Seksyen ini turut berperanan meningkatkan kesedaran serta kemahiran ICT bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, dominan, dan merentasi pelbagai bidang. Di samping itu, seksyen ini giat meneroka peluang penjanaan kewangan PPKT menerusi perkhidmatan serta produk sedia ada (AS-IS) dan meninjau peluang peningkatan hasil serta penjimatan (TO-BE).

Fungsi Utama Seksyen


1. Latihan ICT

  • Mengenal pasti keperluan latihan, merancang dan menganjurkan kursus dalaman untuk kemahiran teknikal (Hard Skill) dan pengurusan (Soft Skill).
  • Perancangan dan pelaksanaan Latihan ICT untuk staf USM dan pihak luar.
  • Memberi khidmat bantuan perisian ICT (Automasi Pejabat) kepada staf USM.
  • Merangka keperluan latihan staf PPKT/PTD serta Pembangunan Modul Latihan ICT.
  • Bantuan dan penyelesaian masalah berkaitan perisian ICT.

2. Makmal & Teknikal

  • Memastikan keperluan makmal dan teknikal di Kompleks Eureka sentiasa bersedia dan memenuhi kehendak perkhidmatan.
  • Menjadi sumber dan pemacu penjanaan pendapatan PPKT/PTD.
  • Pengurusan tempahan Makmal Komputer bagi warga USM dan sewaan kepada pihak luar.
  • Memberi bantuan teknikal dalam proses agihan komputer kepada staf USM.

3. Sokongan E-Pembelajaran

  • Memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya kepada Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) dalam menjayakan pelaksanaan E-Learn@USM.
  • Penyediaan sokongan teknikal dan keperluan infrastruktur digital bagi menjayakan pelbagai aktiviti Elearning@USM secara berterusan.

Perkhidmatan Latihan & Kursus ICT


Kursus MBOT

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM mengambil inisiatif memperkasa kerjaya ICT ke arah profesionalisme menerusi kerjasama strategik bersama Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Sebagai Penyedia Latihan Bertauliah (ATP) yang diikat melalui Memorandum Persefahaman (MoU), USM dan MBOT berhasrat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) menerusi perkongsian kepakaran dan perkhidmatan. Program pembangunan profesional (CPD) ini telah berkembang pesat—bermula daripada satu topik asas Power BI Data Analytic hingga kini menawarkan enam topik latihan profesional bagi memenuhi keperluan pasaran teknologis kebangsaan.

Kursus ICT Agensi Luar

Pusat Transformasi Digital (PTD) turut menawarkan perkhidmatan penganjuran kursus dan latihan ICT khas bagi memenuhi keperluan kemahiran organisasi, jabatan mahupun agensi dari luar USM. Program latihan modular dan pentauliahan ini merangkumi persediaan persijilan profesional Microsoft, penguasaan perisian kreatif Adobe, Microsoft Office, ekosistem produktiviti Microsoft 365, aplikasi reka bentuk Canva, serta pelbagai modul ICT khusus mengikut kehendak industri.
Microsoft Certified Adobe Suite Microsoft 365 Canva Pro

Kursus ICT USM (MyCPD)

Program Latihan Kursus Teras (Digital) USM dianjurkan bersama Pusat Transformasi Insan (PTI) secara bersemuka dan atas talian (e-MyCPD) merangkumi ketiga-tiga kampus bagi meningkatkan kemahiran ICT staf. Inisiatif ini menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), khususnya dalam memacu transformasi digital sektor awam. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa kompeten dan kekal berdaya saing, USM mengaktifkan semula Dasar Pengumpulan Mata CPD ICT dengan menawarkan 9 bidang utama—termasuk penambahan bidang baharu iaitu Kecerdasan Buatan (AI). Sejak 2020, lebih 600 kursus telah berjaya dianjurkan dan staf boleh mendaftar menerusi portal MyCPD.

Kursus Fungsian Skim F

Selain kursus teras, Seksyen Pembangunan Bakat dan Kerjaya (SPBK) turut menguruskan Kursus Fungsian Khas bagi staf USM Skim F (Teknologi Maklumat). Kursus berfokus ini dianjurkan secara khusus berasaskan permintaan (upon request) bagi meningkatkan kemahiran, kompetensi, dan profesionalisme staf ICT selaras dengan keperluan tugas harian mereka.

Soalan Lazim (FAQ)


Sewaan & Perkhidmatan Makmal Komputer

Bayaran dikenakan sekiranya pihak tuan/puan mengenakan yuran peserta untuk bengkel tersebut. Sebaliknya, jika bengkel dianjurkan khas untuk staf USM dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta, maka tempahan makmal adalah PERCUMA. Kadar bayaran sewaan makmal tertakluk kepada jenis makmal yang diperlukan.

Ruang makan PTD boleh disediakan atas permintaan secara PERCUMA.

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan rasmi tempahan/sewaan makmal yang dialamatkan kepada:

Pengarah
Pusat Transformasi Digital
Aras 2, Kompleks Eureka, USM Pulau Pinang
(U/P : Pn. Noor Salwanie - Sambungan 4252)

Untuk keterangan dan maklumat lanjut berkaitan sewaan makmal, anda boleh terus menghubungi Unit Pengurusan Program (UPP) di sambungan 4252.

Permohonan & Penyertaan Latihan

Semua staf PTD boleh mengikuti kursus di luar dengan syarat memenuhi kriteria berikut:

  1. Mempunyai peruntukan bajet yang mencukupi.
  2. Kursus yang dipohon adalah berkaitan secara langsung dengan skop tugasan rasmi beliau.
  3. Mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Ketua Jabatan.

Maklumat lengkap beserta Standard Operating Procedure (SOP) dan borang permohonan boleh didapati melalui portal rasmi digital.usm.my.

Tuan/puan boleh menyemak jadual dan senarai kursus ICT bulanan serta mendaftar penyertaan menerusi sistem myCPD di dalam portal campusonline.usm.my. Terdapat pelbagai tajuk kursus yang disenaraikan mengikut kalendar bulanan.

Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Daftar masuk (Login) ke campusonline.usm.my dan pilih modul myCPD.
  2. Pilih tajuk kursus yang ingin diikuti.
  3. Permohonan akan dihantar kepada Penyelia secara automatik melalui sistem e-mel.
  4. Pengesahan dan kelulusan dibuat oleh Penyelia tuan/puan.
  5. Status permohonan akan dipaparkan di dalam sistem.
  6. Pihak PTD akan membuat pemilihan peserta berdasarkan prinsip turutan pendaftaran terdahulu (first-come, first-served).
  7. Emel jemputan rasmi dan pengesahan penyertaan akan dihantar oleh Pentadbir PTD.

Tiada sebarang yuran dikenakan kepada staf USM bagi kursus latihan teras yang dianjurkan.

Pihak PTD sedia menerima dan merealisasikan permohonan kursus khas daripada mana-mana PTJ dengan syarat:

  • Bayaran honorarium penceramah, jamuan, dan perbelanjaan modul (jika ada) ditanggung di bawah bajet PTJ berkenaan.
  • Perbincangan terperinci dijalankan bagi menentukan tajuk-tajuk dan silibus latihan yang diperlukan.
  • PTJ memberi tempoh masa yang munasabah kepada penceramah PTD untuk persediaan bahan pengajaran.

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pelaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan dan perundingan untuk perkhidmatan Pembangunan Insan yang holistik serta penjanaan kewangan.

Pertanyaan Lanjut Berkaitan Latihan ICT?

Sila hubungi Unit Pengurusan Program (UPP) PTD untuk maklumat lanjut.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Objektif Seksyen

Seksyen Pengurusan Aset ICT

Seksyen Pengurusan Aset ICT bertanggungjawab dalam menguruskan aset ICT kepada Warga Kampus ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber tersedia.

Fungsi Utama Seksyen


Pengurusan Aset ICT PTD

Pelupusan Aset ICT USM

Pelupusan Aset ICT Agensi Kerajaan

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pelaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan dan perundingan untuk perkhidmatan Pengurusan Aset ICT yang cekap dan berkesan.

Bahagian Aplikasi Digital / Seksyen


Seksyen Pembangunan Aplikasi

Pembangunan Aplikasi Sumber Manusia

Seksyen ini bertanggungjawab di dalam merancang dan memberi perkhidmatan pembangunan sistem aplikasi utama universiti berkaitan Staf, Sumber Manusia, Pelajar, dan Hal Ehwal Akademik. Langkah ini bagi menyokong Pengurusan Pentadbiran, Penyelidikan dan Inovasi serta Pengajaran dan Pembelajaran di ketiga-tiga kampus USM, di samping menyediakan ekosistem data yang lebih berintegrasi dengan pelbagai pihak.

Fungsi Utama Seksyen


Fasa Pembangunan Aplikasi (System Development Life Cycle)

Seksyen ini bertindak secara komprehensif mengendalikan keseluruhan fasa kitaran hayat pembangunan sistem (SDLC) aplikasi universiti seperti berikut:

Fasa 1: Analisis Keperluan Menganalisis dan mengkaji keperluan yang dikemukakan oleh pengguna.
Fasa 2: Reka Bentuk Sistem Merekabentuk aplikasi/modul dan pangkalan data berdasarkan hasil kajian.
Fasa 3: Pembangunan Aplikasi Membangunkan aplikasi/modul yang dipersetujui bersama pihak pengguna.
Fasa 4: Pengujian Sistem Menguji sistem aplikasi/modul secara menyeluruh sebelum diserahkan.
Fasa 5: Pelaksanaan & UAT Melaksanakan sistem selepas mendapat pengesahan penerimaan pengguna (UAT).
Fasa 6: Dokumentasi Teknikal Menyediakan dan mengemaskini dokumentasi teknikal bagi rujukan pembangun.

Pengurusan Aplikasi & Pelaporan Data

  • Mengurus dan menyelaras pembangunan sistem aplikasi serta pangkalan data staf dan pelajar bagi ketiga-tiga kampus.
  • Bertanggungjawab membangunkan modul melibatkan hal ehwal sumber manusia dan staf.
  • Mengawal selia proses-proses utama universiti berkaitan pengurusan sumber manusia dan pelajar.
  • Menyediakan pelaporan dan integrasi data bagi keperluan PTJ, Bahagian Sumber Manusia, Pengurusan Tertinggi Universiti, serta agensi luar (termasuk KPT).
  • Membangunkan sistem aplikasi yang mempermudahkan dan melancarkan pengoperasian harian pentadbiran universiti.

Penyelenggaraan & Pemodenan Sistem

  • Memastikan ketersediaan (availability) dan kebolehpercayaan (reliability) sistem aplikasi yang dibangunkan dan diselenggara.
  • Membuat analisis aduan pengguna dan memberikan penyelesaian pantas untuk keperluan mendesak.
  • Memberikan perkhidmatan sokongan teknikal berterusan terhadap sistem aplikasi/modul.
  • Melaksanakan proses penambahbaikan semula sistem mengikut arahan terkini Pengurusan Universiti atau KPT.
  • Mengkaji aliran proses kerja pengguna bagi membantu penyediaan keperluan baharu yang lebih cekap.
  • Mengkaji semula sistem legasi dan merancang transformasi ke arah teknologi moden yang memudahkan pengguna.

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pembangunan, penyelenggaraan, dan perundingan teknikal bagi Sistem Maklumat Universiti Staf dan Sistem Maklumat Universiti Pelajar di seluruh kampus USM.

Seksyen Pembangunan Aplikasi

Seksyen Aplikasi Akademik Pelajar

Seksyen ini bertanggungjawab di dalam merancang dan memberi perkhidmatan kepada pembangunan sistem aplikasi utama universiti berkaitan Staf, Sumber Manusia, Pelajar dan Hal Ehwal Akademik bagi menyokong Pengurusan Pentadbiran, Penyelidikan dan Inovasi serta Pengajaran dan Pembelajaran di ketiga-tiga kampus. Seksyen ini turut melihat kepada penyediaan serta penggunaan data yang lebih berintegrasi dengan pihak lain yang memerlukan.

Fungsi Utama Seksyen


Fasa Pembangunan Aplikasi (SDLC)

Bertanggungjawab mengendalikan fasa-fasa pembangunan aplikasi secara berstruktur bagi memastikan kualiti dan pematuhan spesifikasi sistem:

Fasa 1: Analisis Keperluan Menganalisis dan mengkaji keperluan yang diberikan oleh pengguna.
Fasa 2: Reka Bentuk Sistem Merekabentuk sistem aplikasi/modul dan pangkalan data berdasarkan kajian keperluan pengguna.
Fasa 3: Pembangunan Aplikasi Membangunkan sistem aplikasi/modul yang telah dipersetujui bersama pihak pengguna.
Fasa 4: Pengujian Sistem Menguji sistem aplikasi/modul yang telah dibangunkan sebelum diserahkan kepada pengguna.
Fasa 5: Pelaksanaan & UAT Melaksanakan sistem aplikasi/modul selepas mendapat pengesahan pengujian penerimaan pengguna.
Fasa 6: Dokumentasi Teknikal Memastikan dokumentasi teknikal sistem disediakan dan sentiasa terkemaskini untuk rujukan kumpulan pembangun.

Pengurusan Aplikasi & Pelaporan Data

  • Mengurus dan menyelaras pembangunan sistem aplikasi dan pangkalan data staf bagi ketiga-tiga kampus.
  • Bertanggungjawab di dalam pembangunan aplikasi sistem/modul yang melibatkan hal ehwal sumber manusia dan staf.
  • Mengawal selia proses-proses utama Universiti yang melibatkan hal ehwal sumber manusia dan pelajar.
  • Menyediakan pelaporan/data-data berkaitan hal ehwal Sumber Manusia dan Staf bagi keperluan Pusat Tanggungjawab, Bahagian Sumber Manusia, Pengurusan Tertinggi Universiti serta agensi luar.
  • Menyediakan sistem aplikasi yang membantu memudahkan pengurusan pengoperasian berkaitan hal ehwal Sumber Manusia dan Staf.

Sokongan, Penyelenggaraan & Pemodenan

  • Bertanggungjawab membuat analisis dan semakan hasil daripada aduan pihak pengguna serta mencari penyelesaian pantas jika keperluan mendesak.
  • Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem aplikasi yang dibangunkan dan diselenggara.
  • Melaksanakan proses penambahbaikan semula sistem aplikasi/modul mengikut keperluan terkini pihak Pengurusan Universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Memberikan bantuan perkhidmatan sokongan teknikal terhadap sistem aplikasi/modul yang diselenggara.
  • Mengkaji aliran proses kerja di peringkat pengguna supaya lebih memahami keperluan dan membantu penyediaan keperluan baharu.
  • Mengkaji semula sistem legasi dan merancang kepada perubahan yang lebih memudahkan pihak pengguna sesuai dengan peredaran teknologi masa kini.

Skop Perkhidmatan

Skop seksyen ini memberi perkhidmatan kepada Sistem Maklumat Universiti Staf dan Sistem Maklumat Universiti Pelajar.

Seksyen Aplikasi Kewangan & Kesihatan

Seksyen Aplikasi Kewangan & Kesihatan

Seksyen ini membantu dan menyokong operasi pemegang taruh dengan mengaplikasikan teknologi serta kepakaran yang ditawarkan oleh PPKT. Kami komited mengotomasikan proses manual kepada digital untuk menghasilkan alur kerja yang efisien, memudahkan proses perkhidmatan, serta meningkatkan produktiviti dan mutu kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pemegang taruh kepada pengguna mereka.

Perkhidmatan Utamanya


Pembangunan Sistem & Aplikasi Baharu

Mengurus, merancang, dan membangunkan sistem baharu yang diperlukan bagi melancarkan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pemegang taruh menerusi fasa pembangunan berstruktur:

Fasa 1: Analisis Menganalisis dan mengkaji keperluan pengguna.
Fasa 2: Reka Bentuk Merekabentuk aplikasi dan pangkalan data yang terlibat.
Fasa 3: Pembangunan Membangunkan aplikasi yang telah dipersetujui bersama.
Fasa 4: Pengujian Menguji aplikasi sebelum diserahkan kepada pemegang taruh.
Fasa 5: Implementasi Pelaksanaan sistem selepas mendapat pengesahan rasmi.

Penyelenggaraan & Penyelarasan Sistem

  • Memantau, menambah baik, dan menyelenggara sistem aplikasi dari semasa ke semasa.
  • Mengkaji semula sistem sedia ada bagi memastikan ketersediaan (availability) dan kebolehpercayaan (reliability) sistem selari dengan keperluan semasa.
  • Menyelaras keperluan-keperluan yang berbeza daripada pelbagai pihak untuk dijadikan satu keperluan standard dalam aplikasi yang dibangunkan.

Pelaporan Data & Sokongan Teknikal

  • Menyediakan laporan berpusat dan data statistik untuk analisis serta kegunaan pemegang taruh.
  • Memberikan bantuan sokongan teknikal berterusan dan khidmat nasihat ICT kepada pemegang taruh.

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan yang diberikan merangkumi penyediaan keperluan ICT dan pembangunan aplikasi di Pusat Sejahtera (Kampus Induk), Unit Kesihatan (Kampus Kejuruteraan), serta Jabatan Bendahari (Ketiga-tiga Kampus USM).

Seksyen Aplikasi Penyelidikan & Inovasi

Seksyen Aplikasi Penyelidikan & Inovasi

Seksyen Aplikasi Penyelidikan & Inovasi berperanan merancang, menyelaras, dan membangunkan sistem aplikasi maklumat penyelidikan universiti yang holistik. Seksyen ini memacu penyeragaman proses kerja serta menjamin integrasi sistem aplikasi yang efisien bagi menyokong ekosistem penyelidikan dan inovasi di seluruh kampus Universiti Sains Malaysia.

Perkhidmatan Pembangunan Aplikasi


Tugas & Fungsi Pembangunan Aplikasi

  • Menyelaras bersama Ketua Seksyen dan Timbalan Pengarah Sistem Maklumat terhadap aktiviti pembangunan dan pengurusan sistem maklumat secara bersepadu.
  • Membantu usaha penyeragaman Prosedur Pengendalian Standard (SOP) melibatkan Sistem Maklumat di kesemua kampus USM.
  • Semua pembangunan aplikasi baharu dan penambahbaikan sistem sedia ada diselaraskan oleh Unit Pembangunan Aplikasi dengan mengumpulkan pembangun (developer) daripada pelbagai unit.
  • Sistem yang telah siap dibangunkan akan diserahkan kembali kepada unit berkaitan bagi tujuan penyelenggaraan berterusan.

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, penyeragaman SOP, pengurusan pembangunan sistem maklumat baharu, serta pemodenan aplikasi penyelidikan dan inovasi di ketiga-tiga kampus USM.

-Tiada maklumat-

Bahagian Infrastruktur Digital / Seksyen


Seksyen Rangkaian

Perkhidmatan Rangkaian USMNet

Seksyen Rangkaian menyedia dan menguruskan kemudahan rangkaian untuk kegunaan warga USM. Ia meliputi rangkaian LAN (Local Area Network), MAN (Metropolitan Area Network) dan WAN (Wide Area Network) yang selesa, tegar (robust), boleh dipercayai (reliable) dan selamat (secure) bagi menyokong semua keperluan ICT dan warga USM amnya.

Kemudahan Perkhidmatan Rangkaian


1. Capaian Internet

Akses Internet disediakan menerusi 2 pembekal utama iaitu MYREN (kapasiti jalur lebar 10 Gbps) dan TM (kapasiti jalur lebar 2 Gbps). Capaian utama Internet dijalankan melalui MYREN, manakala talian TM digunakan untuk capaian Pusat Data serta berfungsi sebagai talian sandaran (backup line).

2. Capaian InterCampus

Semua kampus USM dihubungkan melalui talian Intercampus TM berasaskan teknologi IP-VPN (Internet Protocol Virtual Private Network). Perkhidmatan yang memanfaatkan capaian ini termasuklah Voice Over IP (VoIP), sidang video, sandaran Pusat Data dan capaian ke sistem-sistem aplikasi universiti.

3. 'Wired' Network (Talian Tetap)

Terdapat lebih daripada 5,000 nod rangkaian tetap disediakan di seluruh kampus USM. Nod ini digunakan untuk menyambungkan pelayan (server), komputer peribadi (PC), pencetak, dan pelbagai perkakasan rangkaian lain secara stabil.

4. 'Wireless' Network (Wi-Fi Kampus)

Lebih daripada 1,700 Wireless Access Point disediakan di sekitar kampus bagi membolehkan warga USM mengakses portal CampusOnline, e-mel rasmi dan perkhidmatan dalam talian menerusi peranti pintar.
USMSecure (Warga USM)
USMWireless (Pelawat)
USMThings (Peranti IoT)

Akaun Wi-Fi Pelawat / Sementara:

• Guest Account (< 2 Bulan): PTJ perlu memaklumkan kepada PPKT/PTD sekurang-kurangnya 3 hari awal. Pengguna perlu menyambung ke SSID USMWireless.


• Visitor Account (> 2 Bulan): Memerlukan borang khas dan pengesahan PTJ (contoh: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Pengguna perlu menyambung ke SSID USMSecure.

Muat Turun Borang Visitor Portal Konfigurasi Peranti

5. Kemudahan-Kemudahan Lain

  • Capaian VPN Selamat: Menyediakan perkhidmatan VPN (Virtual Private Network) untuk warga USM mengakses rangkaian dalaman dari luar kampus secara selamat.
  • Pengurusan Alamat IP & FQDN: Mengurus pendaftaran alamat IP dan FQDN untuk peralatan dan perkakasan di dalam rangkaian universiti.
  • Khidmat Nasihat & Spesifikasi Rangkaian: Menyediakan perundingan teknikal dan penyediaan spesifikasi keperluan perolehan rangkaian di lokasi.
  • Penyelarasan Projek Infrastruktur: Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan, Jabatan Keselamatan, dan PTPM bagi pelaksanaan projek berkaitan rangkaian.
  • Status Rangkaian Real-Time: Menyediakan platform pemantauan status trafik rangkaian untuk rujukan warga USM di www.nettraffic.usm.my.

Perkhidmatan Eduroam (Education Roaming)


6. Mengenai Eduroam

Eduroam membolehkan pelajar, penyelidik, dan staf USM memperolehi akses Internet secara percuma dan selamat di seluruh dunia apabila melawati institusi-institusi antarabangsa dan universiti awam lain (seperti Universiti Malaya - UM) hanya dengan log masuk menggunakan ID e-mel rasmi (@usm.my) mereka. Begitu juga sebaliknya untuk pelawat daripada institusi luar yang menyertai eduroam apabila berada di kampus USM.

Soalan Lazim (FAQ) Eduroam USM


Eduroam atau 'education roaming' ialah perkhidmatan akses perantauan yang selamat digunakan di seluruh dunia untuk komuniti penyelidikan dan pembelajaran antarabangsa. Ia membenarkan pengguna melawat institusi luar yang menyertai eduroam dan menggunakan sambungan Internet dengan hanya log masuk menggunakan ID institusi asal mereka.

Eduroam or known as 'education roaming' is a secure access roaming service used worldwide for international research and education communities. Eduroam allows students, researchers and staff from the participating institutions to have Internet connection when visiting participating institutions by login with their institution identity.

Anda boleh mencapai eduroam di lebih daripada 12,000 lokasi di seluruh dunia. Di Malaysia, kebanyakan universiti awam telah menyertai perkhidmatan eduroam. Maklumat lanjut boleh disemak melalui laman web www.eduroam.org.

You can access eduroam at more than 12,000 locations worldwide. In Malaysia, most public universities have joined eduroam service. For more detail you can check out www.eduroam.org.

Apabila berada di dalam kampus USM, warga USM hanya dibenarkan membuat capaian Internet menerusi SSID USMSecure sahaja.

You are allowed to access via USMSecure only within USM.

Pelawat dari institusi luar yang menyertai eduroam boleh membuat capaian di semua lokasi kampus USM. Sila layari https://cat.eduroam.org dan ikuti langkah tetapan peranti yang tertera.

You can make access at all locations within USM campus. Please visit https://cat.eduroam.org and setup your device by following the steps listed.

Sila layari cat.eduroam.org, klik pada "download eduroam installer" dan pilih institusi anda. Aplikasi ini akan mengesyorkan tetapan yang paling bersesuaian dengan peranti anda.

Please visit https://cat.eduroam.org, click on “download eduroam installer” and choose your institution. This app will suggest the settings that best suit your device.

Peralatan mesti mempunyai Wi-Fi dan menyokong sistem pengoperasian minima Windows Vista, Apple OS X Lion, Apple iOS, Android 4.3, Linux atau Chrome OS.

Supported devices must have Wifi on basis with minimal operating system Windows Vista, Apple OS X Lion, Apple iOS, Android 4.3, Linux or Chrome OS.

Ia disebabkan dua perkara: (a) Pentadbir rangkaian institusi anda tidak menyediakan aplikasi tetapan, atau (b) Institusi anda belum lagi menyertai eduroam. Sila hubungi pentadbir rangkaian kampus asal anda.

There are two reasons: (a) The network administrator does not provide the settings application, or (b) Your institution has not yet joined eduroam.

Perkhidmatan Wireless Eduroam menyokong protokol PEAP, TTLS, dan MSCHAPv2. Anda boleh menetapkan peranti secara manual menggunakan protokol ini atau mendapatkan bantuan daripada pentadbir rangkaian institusi anda.

Eduroam Wireless service supports PEAP, TTLS and MSCHAPv2 protocols. You can set your devices manually using these protocols or contact your network administrator.
Seksyen Pusat Data

Pengurusan Pusat Data & Pangkalan Data

Kami memastikan ketersediaan pelayan (server) dan pangkalan data di Pusat Data USM sentiasa berada dalam keadaan yang cemerlang, tegar, serta boleh diakses secara selamat oleh seluruh warga pelajar dan staf USM pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Perkhidmatan Ditawarkan (Services)


Virtual Server Hosting

Hos Pelayan Maya

Web Hosting

Hos Web

Database Hosting

Hos Pangkalan Data

Backup & Recovery

Sandaran dan Pemulihan Data

Installation & Configuration

Pemasangan & Konfigurasi Pelayan

Server Monitoring

Pemantauan Pelayan

Database Monitoring

Pemantauan Pangkalan Data

Data Center Environment

Pemantauan Persekitaran Pusat Data

Jaminan Keselamatan & Kelestarian

Infrastruktur Pusat Data USM direka dengan pemantauan berterusan 24/7, kawalan suhu fizikal serta perlindungan keselamatan siber bagi menjamin kelancaran operasi sistem pengurusan dan akademik universiti.

Seksyen Komunikasi Bersepadu

Pengurusan Komunikasi & Telesidang

Seksyen Komunikasi Bersepadu terdiri daripada Unit Telekomunikasi dan Unit Telekonferens. Seksyen ini bertanggungjawab menyediakan kemudahan komunikasi yang merangkumi sistem telefon, telesidang video, telesidang web, Unified Communication, serta Perkhidmatan Telefonis kepada warga kampus ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber yang tersedia.

Kemudahan & Perkhidmatan Komunikasi


Sistem Telefon

  • Menyedia dan menguruskan infrastruktur telefon yang tegar (robust), boleh dipercayai (reliable) dan selamat (secure) untuk warga USM.
  • Pengurusan nombor sambungan (extension), naiktaraf kategori, pemindahan nombor, call hunting, call diversion dan penamatan nombor telefon.
  • Penyediaan perkhidmatan talian analog, digital IP/SIP phone, dan conference call untuk tujuan mesyuarat.
  • Penyelenggaraan set telefon (pemberian unit baru & penukaran peranti rosak).
  • Peti simpanan suara (voicemail), Automatic Attendance (AA) dan rakaman suara.
  • Sistem penyemakan dan pencetakan bil telefon dalam talian di callbilling.usm.my.
  • Perkhidmatan Skype for Business dan nombor perhubungan tunggal (single contact number) bagi capaian di mana jua berada.
  • Penyediaan perkhidmatan telefon khas bagi acara rasmi universiti.

Pegawai Khidmat Pelanggan

  • Menghubungkan panggilan telefon daripada warga kampus ke talian rasmi luar serta panggilan antarabangsa.
  • Membantu pemanggil mengenalpasti jabatan yang berkaitan dengan urusan mereka serta menyalurkan panggilan ke jabatan berkenaan.
  • Bertindak sebagai First Level Support bagi Meja Bantuan (ServisDesk) Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT).
  • Berurusan dengan Telekom Malaysia (TM) untuk pembaikan kerosakan serta aduan talian terus (direct line) dan talian faks (fax line) di USM.

Telesidang Video & Web Conference

  • Menyediakan perkhidmatan telesidang video boardroom system bagi keperluan komunikasi dan mesyuarat jarak jauh.
  • Menyediakan khidmat nasihat serta penyediaan spesifikasi keperluan telesidang video mengikut permohonan pengguna.
  • Bantuan teknikal dan sokongan penuh semasa sesi telesidang video berlangsung.
  • Integrasi sistem telesidang video dan platform Webex bagi meluaskan keupayaan komunikasi digital universiti.
  • Penyediaan keperluan telefon, telesidang audio, dan telesidang video untuk menyokong pelbagai aktiviti rasmi USM.
  • Menyediakan sesi latihan dan perkongsian maklumat berkaitan penggunaan Telesidang Video dan Webex.

Kemudahan Web Conference (Cisco Webex USM)

Akses platform telesidang Webex rasmi USM serta dapatkan panduan penggunaan dan manual rasmi.

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pelaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan, perundingan serta khidmat nasihat untuk perkhidmatan Komunikasi yang tegar (robust), boleh dipercayai (reliable) dan selamat (secure) kepada seluruh warga USM.

Bahagian Tadbir Urus Digital / Seksyen


Polisi & Perancangan Strategik

Seksyen Polisi & Perancangan Strategik

Seksyen Polisi & Perancangan Strategik

Seksyen Polisi & Perancangan Strategik bertanggungjawab dalam menyedia dan memberi perkhidmatan dari sudut keperluan pengurusan strategik Pusat Transformasi Digital (PTD) ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber yang tersedia.

Perkhidmatan Seksyen


Enterprise Architecture

Pentadbiran dalam pengurusan dan pelaksanaan Enterprise Architecture untuk ERP@USM.

Dasar & Pelan Strategik Digital

Pentadbiran dalam pengurusan pembangunan dan pengemaskinian dasar, garis panduan, serta pelan-pelan strategik digital/ICT universiti.

Pengurusan ISMS (ISO/IEC 27001:2022)

Pentadbiran dalam pengurusan dan pelaksanaan ISO/IEC 27001 : 2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Pelaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk perkhidmatan:
(1) Pengurusan dan pelaksanaan Enterprise Architecture ERP@USM;
(2) Dasar, garis panduan dan pelan tindakan (seperti pelan strategik pendigitalan/ICT USM, pelan kesinambungan perkhidmatan USM); dan
(3) Pengurusan dan pelaksanaan ISO/IEC 27001 : 2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).

Keselamatan Siber

- Tiada Maklumat -

Perkhidmatan Awan

Kampus Pintar & Kelestarian