Pusat Transformasi Digital
Universiti Sains MalaysiaPusat Transformasi Digital (PTD) merupakan penggerak utama dalam merancang, membangun, dan menguruskan infrastruktur serta perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Universiti Sains Malaysia. Kami komited dalam menyediakan penyelesaian digital yang inovatif, selamat, dan berprestasi tinggi bagi menyokong pengajaran, penyelidikan, dan tadbir urus digital kampus.
Aluan Ketua Pegawai Digital (CDO) / Pengarah PTD
Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi bin Mat Isa
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Universiti Sains Malaysia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Transformasi Digital (PTD), Universiti Sains Malaysia.
Dalam era digital yang berkembang pesat, transformasi digital bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan mendesak dalam usaha meningkatkan kecekapan, kebolehcapaian, dan ketangkasan organisasi. Di USM, PTD memainkan peranan penting sebagai pemacu utama dalam merancang strategi dan melaksanakan inisiatif yang menyokong pembangunan infra dan info struktur digital universiti.
Sebagai entiti yang bertanggungjawab ke atas perancangan strategik serta pengendalian operasi berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kami komited untuk memastikan setiap aspek transformasi digital di USM diselaraskan dengan objektif institusi dan aspirasi pendidikan tinggi negara.Kami memberi tumpuan kepada inovasi, keselamatan siber, kelestarian digital, serta pembangunan sistem dan perkhidmatan yang mesra pengguna untuk seluruh komuniti kampus.
Berita / Aktiviti Terkini
-
Laporan Naratif Inisiatif Kelestarian : Pemberian Geran Komputer kepada Staf Universiti Sains Malaysia -
Laporan Naratif Inisiatif Kelestarian : Kerja Pemuliharaan PC untuk Agihan Semula kepada Staf -
Sumbangan Bingkisan K.A.S.I.H Ramadan buat Madrasah Al-Kayyis -
Majlis Sumbangan Bingkisan K.A.S.I.H@PPKT Ringankan Beban Asnaf -
Program Bubur Lambuk K.A.S.I.H@PPKT Eratkan Silaturahim dan Santuni Masyarakat -
Program K.A.S.I.H Ramadan - Ceramah Ramadan Yang Dirindui





















