PTD sokong kelancaran pendaftaran
pelajar baharu USM sidang akademik 2026/2027
PULAU PINANG, 14 September 2026 – Pusat Transformasi Digital (PTD) telah menyediakan sokongan teknikal bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran pelajar baharu Sidang Akademik 2026/2027 di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM), yang berlangsung dari 12 hingga 14 September 2026.
Pendaftaran pelajar baharu USM
Pada sidang akademik kali ini, USM menerima seramai 5,005 orang pelajar baharu di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin dan Kampus Kesihatan.
keseluruhan USM
di Kampus Induk
ditawarkan di Kampus Induk
Pendaftaran di Kampus Induk
Di Kampus Induk, seramai 3,265 daripada 3,332 orang pelajar baharu telah berjaya mendaftar, terdiri daripada 1,073 pelajar lelaki dan 2,192 pelajar perempuan.
Pendaftaran di Kampus Induk melibatkan pelajar yang ditempatkan di Desasiswa Saujana, Indah Kembara, Bakti, Fajar Permai, Aman Damai, Tekun, Restu serta Cahaya Gemilang Harapan.
Sokongan teknikal PTD
Sepanjang program berlangsung, pasukan teknikal PTD memastikan sistem dan kemudahan ICT yang digunakan berada dalam keadaan baik serta dapat beroperasi dengan lancar bagi menyokong proses pendaftaran pelajar baharu.
Komitmen PTD tersebut mencerminkan peranan berterusan Pusat Transformasi Digital dalam menyediakan perkhidmatan dan sokongan teknikal ICT yang cekap bagi menyokong kelancaran program universiti.