Skip to main content

Pusat Transformasi Digital

Universiti Sains Malaysia

Kata Aluan

Pengarah, Digital@USM


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Transformasi Digital (PTD), Universiti Sains Malaysia.

Dalam era digital yang berkembang pesat, transformasi digital bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan mendesak dalam usaha meningkatkan kecekapan, kebolehcapaian, dan ketangkasan organisasi. Di USM, PTD memainkan peranan penting sebagai pemacu utama dalam merancang strategi dan melaksanakan inisiatif yang menyokong pembangunan infra dan info struktur digital universiti.

Sebagai entiti yang bertanggungjawab ke atas perancangan strategik serta pengendalian operasi berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kami komited untuk memastikan setiap aspek transformasi digital di USM diselaraskan dengan objektif institusi dan aspirasi pendidikan tinggi negara. Kami memberi tumpuan kepada inovasi, keselamatan siber, kelestarian digital, serta pembangunan sistem dan perkhidmatan yang mesra pengguna untuk seluruh komuniti kampus.

Laman web ini dibangunkan sebagai medium komunikasi rasmi antara PTD dan warga USM serta pihak luar yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan inisiatif kami. Di sini, anda akan menemui maklumat berkaitan pelan strategik digital universiti, pembangunan infrastruktur ICT, perkhidmatan sokongan teknikal, serta projek-projek transformasi yang sedang dijalankan. Kami juga menyediakan kemas kini terkini, garis panduan, dan sumber rujukan berkaitan amalan digital terbaik.

Harapan kami, laman ini bukan sahaja menjadi pusat maklumat, tetapi turut berperanan sebagai pemangkin kolaborasi dan perkongsian pintar antara PTD dan semua pihak berkepentingan dalam usaha bersama untuk memperkasakan ekosistem digital USM.

Akhir kata, saya mengalu-alukan cadangan dan maklum balas daripada semua pihak dalam usaha kami mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pencapaian transformasi digital universiti.

Sekian, terima kasih

Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi bin Mat Isa
Pengarah, Digital@USM
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Pusat Transformasi Digital
Universiti Sains Malaysia

Hebahan ICT

 
 

Galeri Video Digital@USM