Pengenalan
Pusat Transformasi Digital
(Dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi - PPKT)Mulai Julai 2025, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah dijenama semula sebagai Pusat Transformasi Digital menerusi penggabungan bersama Pejabat Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer - CDO). Penjenamaan semula ini merupakan langkah strategik Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memperkukuh agenda transformasi digital, selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan teknologi yang pesat.
Penggabungan ini bertujuan untuk mewujudkan satu entiti yang lebih mantap, bersepadu dan berdaya saing dalam memacu transformasi digital universiti merangkumi aspek pentadbiran, pengajaran, pembelajaran, penyelidikan serta pembangunan komuniti.
Latar Belakang Penubuhan:
Pusat ini pada asalnya ditubuhkan pada bulan Disember 2002 melalui penggabungan tiga entiti jabatan ICT di USM, iaitu:
- Perkhidmatan ICT Pentadbiran
- Perkhidmatan ICT Akademik
- Perkhidmatan ICT Pengurusan (MIS)
Ketiga-tiga perkhidmatan ini telah disatukan di bawah satu pusat perkhidmatan ICT yang dikenali sebagai Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT).
Peranan dan Tanggungjawab Pusat Transformasi Digital:
Sebagai pusat ICT teras universiti yang kini diperkasakan, Pusat Transformasi Digital berperanan untuk:
- Menyediakan perkhidmatan ICT yang kompeten, cekap dan berkesan kepada warga kampus dan komuniti luar.
- Memacu transformasi digital merangkumi penggunaan teknologi baru seperti pengkomputeran awan, keselamatan siber, data raya (big data), kecerdasan buatan (AI) dan automasi digital.
- Menyokong keperluan teknologi dalam pentadbiran, pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.
Penjenamaan ini juga meletakkan USM pada kedudukan yang lebih strategik dalam memperkukuh keupayaan digital universiti ke arah Universiti Digital Pintar dan Lestari.