Seksyen Sokongan Teknikal ICT
Objektif & Skop
OBJEKTIF
Seksyen Sokongan Teknikal ICT bertanggungjawab dalam memberikan Sokongan Teknikal ICT kepada Warga Kampus ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber tersedia.
SKOP
Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pelaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan dan perundingan untuk perkhidmatan Sokongan Teknikal ICT yang cekap dan berkesan.
Seksyen Sokongan Teknikal ICT
FUNGSI
1. PERKHIDMATAN SERVISDESK ICT
- Menawarkan perkhidmatan kaunter untuk menerima aduan daripada pelajar/staf melalui panggilan telefon atau secara walk in.
- Menjawab panggilan telefon, merekod dan menyelesaikan aduan yang diterima.
- Menyemak dan menyelesaikan aduan yang diterima melalui email rasmi
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . - Mengagih tiket aduan yang diterima melalui Sistem ServisDesk kepada petugas oncall.
- Menerima alatan ICT USM untuk pembaikan.
- Menerima permohonan bantuan teknikal melalui Sistem ServisDesk.
2. PERKHIDMATAN ONCALL
- Melaksanakan onsite troubleshooting mengikut aduan yang diterima melalui Sistem ServisDesk (PTJ dan Dewan Kuliah).
- Menyemak dan mengemaskini tiket oncall Sistem Servisdesk yang diterima.
3. BENGKEL PERKHIDMATAN PEMBAIKAN PERALATAN ICT
- Melaksanakan khidmat pembaikan peralatan ICT yang diterima melalui kaunter ServisDesk.
- Mengemaskini borang pembaikan peralatan ICT untuk tugas-tugas yang telah diselesaikan.
4. PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN KAD PINTAR
- Penyelenggaraan dan penyelarasan semua perkakasan berkaitan Kad Pintar.
- Pemantauan dan penyelarasan sistem/perisian yang berkaitan dengan Kad Pintar.
- Sokongan cetakan secara pukal untuk Kad Pelajar.
5. KERJA PERUNDINGAN DAN SOKONGAN TEKNIKAL ICT
Melaksanakan kerja-kerja perundingan dan sokongan teknikal ICT untuk aktiviti-aktiviti rasmi universiti secara berkala atau atas permintaan dari semasa ke semasa.
6. PELAPORAN BENGKEL PEMBAIKAN PERALATAN ICT DAN PEROLEHAN ALATAN KAD PINTAR
- Menyediakan pelaporan tahunan untuk aduan/permohonan perkhidmatan teknikal yang diterima melalui Sistem ServisDesk.
- Menyediakan pelaporan tahunan untuk Bengkel Pembaikan Alatan ICT.
- Menyediakan pelaporan kad kosong dan kad pintar USM kepada Jabatan Bendahari.
- Melaksanakan proses perolehan alatan yang berkaitan dengan Kad Pintar.