Skip to main content

Seksyen Polisi & Perancangan Strategik

Objektif
 
Seksyen Polisi & Perancangan Strategik bertanggungjawab dalam menyedia dan memberi perkhidmatan dari sudut keperluan pengurusan strategik PTD ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber tersedia.
 
Skop
 
Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Pelaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk perkhidmatan (1) pengurusan dan pelaksanaan Enterprise Architecture ERP@USM (2) dasar, garis panduan dan pelan tindakan (seperti pelan strategik pendigitalan/ICT USM, pelan kesinambungan perkhidmatan USM); dan (3) pengurusan dan pelaksanaan ISO/IEC 27001 : 2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat;
 
Perkhidmatan Seksyen
  • Pentadbiran dalam pengurusan dan pelaksanaan Enterprise Architecture untuk ERP@USM;
  • Pentadbiran dalam pengurusan pembangunan dan pengemaskinian dasar, garis panduan dan pelan-pelan strategik digital/ICT;
  • Pentadbiran dalam pengurusan dan pelaksanaan ISO/IEC 27001 : 2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS);