Skip to main content

Pusat Transformasi Digital

|
Kampus Induk

Joomla 6 & Yootheme Pro ( Video Tutorial )


Klik pada mana-mana tajuk di bawah untuk menonton video tutorial dalam bentuk paparan pop-up.

01
Jom Buat Artikel Baru Dalam Joomla
02
Edit Artikel, Heading Gambar & Teks
03
Buat Folder, Import Gambar & Susun Kandungan
04
Copy Elemen & Ubah Susun Atur Dengan Mudah
05
Rahsia Edit Teks Advance Dalam YOOtheme Pro
06
Tambah Section, Import Library Gambar & Tukar Layout
07
Cara Tukar Warna Section Supaya Lebih Menarik
08
Layout Gambar Power! (Part 1)
09
Layout Gambar Power! (Part 2 - GRID)
10
GRID Advance Susun Gambar Macam Website Pro
11
Masukkan Video & Ubah Kedudukan Section
12
Bonus Tutorial Elemen Elemen Lain YOOtheme Pro

MyDigital ID

Panduan Pengesahan Identiti & Akses Portal Campus Online Universiti Sains Malaysia

01 Apakah fungsi MyDigital ID dalam portal Campus Online? +

Ia merupakan kaedah alternatif bagi pengesahan identiti semasa anda log masuk ke portal Campus Online.

02 Adakah penggunaannya diwajibkan? +

Tidak. Penggunaan MyDigital ID adalah pilihan alternatif sahaja kepada kaedah log masuk sedia ada.

03 Adakah kaedah log masuk sedia ada masih boleh guna? +

Ya, boleh. Anda masih boleh menggunakan kaedah ID/ Kata Laluan sedia ada seperti biasa.

04 Siapakah yang boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke portal Campus Online? +

Semua warga universiti (staf dan pelajar) yang merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai akaun MyDigital ID yang aktif.

05 Bagaimana cara log masuk guna MyDigital ID? +

Pada halaman portal, tekan butang "Login with MyDigital ID" dan ikuti arahan pengesahan yang dipaparkan.

06 Adakah saya perlu mempunyai aplikasi MyDigital ID pada telefon pintar? +

Ya, perlu. Telefon pintar mesti mempunyai aplikasi MyDigital ID yang telah diaktifkan bagi proses pengesahan.

07 Apakah yang perlu dilakukan sekiranya log masuk menggunakan MyDigital ID tidak berjaya? +

Jangan risau, anda boleh terus menggunakan kaedah log masuk sedia ada.

08 Akses ke aplikasi lain dalam Campus Online +

Adakah log masuk menggunakan MyDigital ID membolehkan saya mengakses semua aplikasi dalam Campus Online tanpa perlu log masuk semula?
Tidak semestinya.

Mengapa perlu pengesahan semula?
Sesetengah aplikasi universiti mempunyai sistem keselamatan tersendiri. Bagi aplikasi berkenaan, pengguna perlu log masuk semula menggunakan Identiti USM (Single Sign-On).