Program Jalinan Kasih Keluarga Digital 2026 (Siri 1)
Kelab Keluarga Digital telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Keluarga Digital 2026 Siri 1 pada 9 April 2026 bertempat di Bilik Seminar Rafflesia, sebagai satu wadah untuk memperkukuh hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli Kelab Keluarga Digital dan staf PTD Induk.
Kenduri Sekampung Keluarga Digital
Mengangkat konsep “Kenduri Sekampung Keluarga Digital”, program ini mengetengahkan nilai kebersamaan, gotong-royong dan semangat saling berkongsi dalam suasana santai serta penuh kemesraan.
Konsep kenduri sekampung turut diterjemahkan menerusi jamuan secara potluck, yang memberi peluang kepada warga Kelab Keluarga Digital untuk bersama-sama menyumbang juadah dan menikmati hidangan dalam suasana kekeluargaan.
Pengisian Program
Bacaan Yasin & Tahlil
Pengisian kerohanian sebagai pembuka program dan ruang untuk bersama menghayati nilai keinsafan serta kesyukuran.
Ucapan Aluan
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Presiden Kelab Keluarga Digital dan Pengarah PTD.
Anugerah Budaya Kerja Cemerlang
Penghargaan kepada warga yang menunjukkan komitmen, dedikasi dan budaya kerja yang baik.
Sambutan Hari Lahir
Meraikan ahli Keluarga Digital yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari hingga April.
Pesona Tradisional
Keunikan program pada kali ini turut diserlahkan menerusi tema pakaian “Pesona Tradisional”. Warga Keluarga Digital digalakkan mengenakan busana tradisional bagi menghidupkan suasana kenduri serta menampilkan kepelbagaian warisan dan budaya dalam kalangan warga PTD.
Jamuan Potluck
Kemuncak program adalah jamuan makan secara potluck yang dijadualkan bermula pada jam 11.30 pagi. Sumbangan juadah daripada warga Keluarga Digital diharapkan dapat memeriahkan lagi suasana kenduri, di samping menyemai nilai kerjasama dan sikap saling berkongsi dalam komuniti warga kerja.
Kelestarian Kampus
Dalam usaha menyokong amalan kelestarian kampus, para peserta turut digalakkan membawa bekas makanan dan minuman sendiri bagi mengurangkan penggunaan bekas pakai buang.
Program Jalinan Kasih Keluarga Digital 2026 diharapkan bukan sahaja menjadi ruang untuk warga PTD berkumpul dan beramah mesra, malah dapat memperkukuh semangat kekitaan, meningkatkan hubungan silaturahim serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan positif.
Kenduri Sekampung, Eratkan Silaturahim,
Semarakkan Keluarga Digital
Semoga semangat kebersamaan dan kekeluargaan terus menyemarak dalam kalangan warga Keluarga Digital.