Skip to main content

Pusat Transformasi Digital

|
Kampus Induk

PTD Raih Naib Johan Program Jalan Laju (Brisk Walk) 1,000 Jalur Gemilang USM 2026

PULAU PINANG, 9 September 2026

Pusat Transformasi Digital (PTD) telah berjaya meraih Naib Johan dalam Program Jalan Laju (Brisk Walk) 1,000 Jalur Gemilang USM 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Sejahtera USM. Program bersempena Sambutan Hari Malaysia tersebut melibatkan penyertaan 32 kontinjen daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di USM dan dijalankan sejauh 3 kilometer.

Seramai 30 orang staf PTD telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan komitmen, sekali gus mempamerkan kerjasama berpasukan yang erat serta semangat patriotisme yang tinggi sepanjang acara berlangsung.

🏆 Naib Johan
Program Jalan Laju (Brisk Walk) 1,000 Jalur Gemilang USM 2026

Hadiah wang tunai RM700.00 · Sijil Penghargaan · Hamper

Penilaian pertandingan dibuat berdasarkan aspek kebersamaan dan kerjasama pasukan, semangat patriotik serta kreativiti pakaian dan identiti kontinjen. Sebagai Naib Johan, PTD membawa pulang hadiah wang tunai RM700.00, sijil penghargaan serta hamper hasil komitmen dan kerjasama yang dipamerkan oleh semua ahli kontinjen.

Selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti. Penyertaan PTD dalam program ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menyokong usaha universiti melahirkan warga kampus yang sihat, aktif dan sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PTD atas kejayaan meraih Naib Johan serta mengharumkan nama jabatan dalam Program Jalan Laju (Brisk Walk) 1,000 Jalur Gemilang USM 2026.