Skip to main content
6 TRANSMISI NARATIF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI Anugerah Pengiktirafan Khas: Malaysia Education Certiport Authorized Testing Center Malaysia (CATC) 2025

SPBK di Majalah Universiti Transmisi : Raih anugerah 'Rising Trailblazer'

Makmal Komputer kendalian SPBK diiktiraf dan dilaporkan dalam Majalah universiti: Tranmisi. Berikut adalah artikel tersebut:

PPKT USM Diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah Program Pensijilan Profesional Microsoft oleh Certiport

Memperkasa Kemahiran Digitai melalui Kolaborasi dan Kerjasama Strategik Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 17)


Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan kemahiran digital dan kecemerlangan pendidikan tinggi apabila secara rasminya pada 4 September 2024 telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah Program Pensijilan Profesional Microsoft oleh Certiport iaitu peneraju global dalam pensijilan kompetensi digital.

Ianya adalah selaras dengan SDG 17: Memperkukuh Kolaborasi dan Kerjasama untuk Pembangunan Mampan. SDG ini menumpukan kepada kepentingan kolaborasi dan kerjasama antara pelbagai pihak, termasuk kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil, dan organisasi bukan kerajaan (NGO), untukmencapai sasaran sasaran pembangunan yang telah ditetapkan merangkumi pelbagai bidang antaranya teknologi serta pembinaan kapasiti iaitu proses membangun dan mengukuhkan kemahiran, keupayaan, dan sumber daya individu, organisasi, atau keseluruhan sistem untuk mencapai matlamat tertentu atau menangani sesuatu cabaran.

Melalui pentauliahan ini, PPKT kini menyediakan kemudahan bagi pelajar dan staf USM serta masyarakat umum termasuklah agensi kerajaan dan sektor swasta untuk menduduki peperiksaan pensijilan Microsoft secara bersemuka di Makmal Komputer terpilih di ketiga-tiga kampus USM iaitu Kampus Induk (Pulau Pinang), Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal, Pulau Pinang) dan Kampus Kesihatan (Kubang Kerian, Kelantan) atau secara dalam talian. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi USM untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan, meningkatkan kemahiran digital rakyat, serta memperluas jaringan kerjasama antara akademia, industri dan kerajaan dalam membangunkan modal insan berdaya saing dalam ekonomi digital. Ianya juga sebagai sebahagian daripada usaha berterusan USM dan PPKT dalam menyokong agenda pembangunan negara berteraskan teknologi dan keterangkuman pendidikan untuk semua.

Antara pensijilan profesional Microsoft yang ditawarkan pada masa ini merangkumi bidang-bidang kompetensi digital yang relevan dan terkini iaitu:

  • MO-100 Microsoft Word Associate
  • MO-200 Microsoft Excel Associate
  • MO-300 Microsoft PowerPoint Associate
  • DP-900 Azure Data Fundamentals
  • PL-900 Power Platform Fundamentals
  • AI-900 Azure AI Fundamentals
  • AZ-900 Azure Fundamentals

Bagi menjamin kualiti pengajaran dan latihan yang mampan, PPKT kini telah pun mempunyai seramai 11 instruktor bertauliah yang diiktiraf secara rasmi dalam bidang bidang pensijilan Microsoft tersebut dan bilangan instruktor bertauliah ini akan ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Lanjutan daripada sumbangan USM terhadap "Certiport's Portfolio Exam Voucher" bagi tahun 2024/2025, PPKT telah menerima Anugerah Pengiktirafan Khas :Malaysia Education Certiport Authorized Testing Center (CATC) 2025 yang telah disampaikan pada Micro-Credentials Education Summit (MCES) 2025 bertempat di University of Cyberjaya (UoC), Kuala Lumpur pada 21 Mei 2025. Majlis berprestij ini telah menghimpunkan lebih 500 wakil daripada institusi pendidikan, industri serta agensi kerajaan. Micro-Credentials Education Summit (MCES) 2025

Penganugerahan ini telah menempatkan USM sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang proaktif dalam inisiatif pembangunan kemahiran melalui program pensijilan micro credentials. USM juga telah mencatat pencapaian membanggakan sebagai satu-satunya Universiti Awam (UA) di Wilayah Utara Malaysia yang menerima pengiktirafan ini, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam memperluas akses kepada pensijilan bertaraf antarabangsa bagi menyokong pembangunan bakat digital negara.

Staf SPBK dilatih menjadi Proctor untuk Peperiksaan Pentaulihan Profesional oleh wakil dari Certiport, En. Sheldon

Staf SPBK dilatih menjadi Proctor untuk Peperiksaan Pentaulihan Profesional oleh wakil dari Certiport, En. Sheldon