Ketua Seksyen terima surat kenaikan pangkat
USM PULAU PINANG, 14 Julai 2026 –
Puan Fauzlina telah dinaikkan pangkat ke Pegawai Teknologi Maklumat F11 hari ini.
Beliau yang merupakan Ketua Seksyen SPBK telah menerima surat kenaikan pangkat melalui dari Naib Canselor, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam satu majlis di Dewan Persidangan Universiti.
Majlis Perjumpaan bersama Nab Canselor bagi Urusan Kenaikan Pangat Secara One-Off itu turut meraikan 145 pegawai USM lain yang juga menerima kenaikan pangkat.
-
USM PULAU PINANG, 14 Julai 2026 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini meraikan seramai 146 pegawai USM yang menerima kenaikan pangkat secara 'one-off ' bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Majlis ini menyaksikan penyampaian surat kenaikan pangkat kepada barisan pegawai Pengurusan dan Profesional yang telah memenuhi syarat kelayakan berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh pemangkuan.
Sebelum itu dalam ucapannya, Naib Canselor mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang berjaya setelah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh pemangkuan selama setahun bermula 1 Mac 2025 hingga 30 Mac 2026, sekali gus memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat berdasarkan peraturan dan pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Beliau berkata, daripada 1,118 pegawai Pengurusan dan Profesional serta 105 Guru Bahasa di USM, hanya 146 orang yang layak menerima kenaikan pangkat secara 'one-off' berkuat kuasa 1 April 2026.
“Ingin saya nyatakan di sini bahawa kenaikan pangkat yang diterima merupakan satu pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang, dedikasi, profesionalisme serta sumbangan berterusan warga universiti dalam menjayakan visi dan misi USM,” ucap beliau di majlis tersebut yang diadakan di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM.
Abdul Rahman turut menegaskan bahawa kenaikan pangkat bukan sekadar satu bentuk ganjaran, malah merupakan amanah yang hadir bersama tanggungjawab lebih besar pada gred yang lebih tinggi dengan tahap kompleksiti tugas yang semakin mencabar.
“Sehubungan itu, setiap pegawai diseru untuk menjadi peneraju perubahan, membimbing rakan sekerja serta menjadi contoh dalam membudayakan kecemerlangan di tempat kerja,” tambah Abdul Rahman lagi.
Menurut beliau lagi, universiti berharap kenaikan pangkat secara 'one-off' ini akan menyuntik semangat baharu kepada semua penerima untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, berintegriti serta berfokuskan prestasi dan hasil kerja berimpak tinggi.
Turut hadir ialah Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff; Timbalan Pendaftar – Menjalankan Fungsi Ketua Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USM, Sarina Razak; Bendahari USM, Dr. Rafizal Abd Rahim; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Hafiz Assad; Timbalan Pendaftar, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi USM, Yusmadi Norashid; Ketua Pustakawan USM, Arinawati Ayob; Pengarah Pusat Transformasi Insan USM, Nurul Izzati Rozali; dan Timbalan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (PKAP) USM, Profesor Dr. Rohana Abd Jalil.
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq
Created on 14 July 2026.