Seksyen Pembangunan Bakat & Komersial
Kursus Teras (Digital) USM
Program Latihan ICT dianjurkan dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan yang turut dijalankan melalui atas talian (e-MyCPD) dan juga secara bersemuka. Latihan ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada staf untuk meninggikan ilmu dan kemahiran dalam bidang ICT selari dengan tugas dan tanggungjawab di PTJ.
Selari dengan pelancaran Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia MyDIGITAL 2020 telah menggariskan 6 teras utama terutamanya dalam pemerkasaan Teras 1 iaitu Memacu Transformasi Digital Sektor Awam dan antaranya adalah 100% penjawat awam celik digital dan 80% perkhidmatan kerajaan dalam talian.
Bagi merealisasikan sasaran MyDIGITAL ini, Universiti telah mengambil inisiatif untuk mengaktifkan semula Dasar Pengumpulan Mata CPD ICT kepada Staf Pentadbiran dan telah memperkenalkan 8 bidang utama berteraskan ICT dalam memastikan staf sentiasa kompeten dalam penyampaian perkhidmatan.
- Microsoft Office dan Pengurusan Dokumen
- Office 365
- Pembangunan Laman Web dan Dashboard
- Penyuntingan Video dan Grafik
- Keselamatan ICT dan Penyandaran Data
- Mesyuarat Maya
- Windows
- Aplikasi Percuma di Internet
Sebagai langkah strategik untuk memastikan latihan yang ditawarkan sentiasa selaras dengan perkembangan semasa. USM telah menambah satu bidang baharu yang amat relevan, iaitu Kecerdasan Buatan (AI),
Inisiatif ini juga bertujuan untuk memastikan staf universiti terus kekal kompeten dan berdaya saing dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
Latihan ICT yang dirancang dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian merangkumi ketiga-tiga kampus bagi memastikan capaian yang optimum dan penyampaian ilmu yang efektif kepada semua staf.
Bermula dengan pandemik Covid 2020, kursus ICT/Digital yang sebelum ini dijalankan 100% secara bersemuka, kini mula dibuat secara atas talian.
Kini, sejak 2020, PTD telah menganjurkan Lebih 600 kursus ICT/Digital dengan Lebih 300 daripadanya secara atas talian.
Staf USM boleh mendapatkan atau mendaftar Kursus ICT di laman web MyCPD anjuran PTI.
Beberapa AKtiviti-aktiviti ICT yang dianjurkan: